• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1 Juta Untuk Pendidikan Anak Kru Kabin MH370, MH17

oleh Ahmad Albab
18/09/2014
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENTING HIGHLANDS – Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang RM500,000 kepada penubuhan Yayasan Pendidikan bagi anak-anak kru kabin Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan MH17.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai penaung yayasan itu, memuji Eu Yan Sang kerana menubuhkan yayasan berkenaan dan melaksanakan usaha amal lain hingga dapat menambah baik kehidupan golongan tidak bernasib baik di Malaysia.

“Hati saya tersentuh apabila mengenangkan keluarga (MH370 dan MH17) yang yang terlibat. Kehilangan yang mereka alami adalah amat besar dan tiada kata-kata dapat menenteramkan mereka.

“Kita tidak boleh bayangkan kesengsaraan yang mereka lalui apatah lagi untuk memahami kesedihan mereka. Apa yang kita boleh lakukan ialah meneruskan usaha bagi memastikan setiap keluarga mendapat perhatian selain berdoa bagi mereka yang telah pergi tanpa mengira latar belakang agama atau kaum,” katanya dalam ucapannya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-135 Eu Yan Sang di sini.

Dengan negara melalui kesukaran besar baru-baru ini, Hishammuddin berkata, beliau gembira melihat adanya semangat tanggungjawab terhadap masyarakat dalam kalangan industri tempatan yang membantu mereka yang memerlukan.

“Ia menzahirkan aspirasi kerajaan untuk melihat lebih banyak organisasi swasta dan awam mengambil pendirian kukuh dalam program tangguungjawab sosial korporat mereka yang tertumpu kepada ideologi hormat-menghormati, kasih sayang dan amal.

“Pada masa akan datang, kami berharap untuk melihat lebih banyak entiti mempelopori falsafah ini ketika kita berusaha menjadi sebuah negara yang bukan sahaja berteraskan ekonomi malah bertanggungjawab daripada segi moral,” kata beliau.

Pada majlis itu, Eu Yan Sang juga menyumbang RM1.26 juta kepada Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser dan Pemegang Amanah Berdaftar Yayasan, Joseph William Yee Eu. – BERNAMA

Tags: MH17MH370Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd