• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cedera Anggota DBKL – 2 ADUN Dan 4 Individu Ditahan

oleh AK-47
29/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak dan empat lelaki ditahan polis di tapak perhimpunan haram ‘#Kitalawan’ di Jalan Tun Perak di sini tengah malam tadi kerana menghalang dan mencederakan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, kira-kira 10 anggota DBKL menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penyitaan tapak perhimpunan termasuk menurunkan kain rentang perhimpunan itu bagi menggesa Ketua Polis Negara meletak jawatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan itu, berlaku pergelutan dengan peserta perhimpunan yang cuba menghalang tindakan anggota DBKL berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan seorang anggota DBKL mengalami kecederaan di bahagian muka, badan tangan serta uniformnya dikoyak akibat dipukul oleh peserta perhimpunan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, pihak DBKL telah memberi masa dua jam untuk kira-kira 40 hingga 50 peserta perhimpunan supaya bersurai tetapi amaran itu tidak diendahkan.

Beliau berkata mereka yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 55 tahun dan kini ditahan di Lokap Balai Polis Jinjang dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya).

Sementara itu, anggota DBKL yang cedera berusia 45 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Difahamkan perhimpunan duduk dan bantah bagi menggesa Ketua Polis Negara meletakkan jawatan telah bermula sejak 21 Mac lalu.

Dalam perkembangan sama, Zainol turut menafikan anggota polis bertindak kasar dan memukul peserta duduk dan bantah berkenaan berikutan pakaian iaitu jaket yang digunakan anggota DBKL menyerupai jaket polis.

Dalam perkembangan lain, Zainol menyeru orang awam agar tidak penyertai perhimpunan yang dijangka diadakan esok, di pusat membeli-belah Sogo kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata polis akan mengawasi dan memantau perkembangan perhimpunan berkenaan.

“Kami akan tetap mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menimbulkan kekacauan dan kekecohan sehingga memudaratkan ketenteraman awam,” katanya.
-BERNAMA

Tags: DBKLkita lawanRusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd