• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bukan Berkhidmat Utk British Ketika Serangan Komunis

oleh AK-47
30/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

http://mynewshub.cc/

BUTTERWORTH — Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr
Khoo Kay Kim memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa ketika serangan komunis
di Bukit Kepong, polis berkhidmat untuk Raja-raja dan bukannya di bawah
British.

Khoo, yang merupakan pakar sejarah Malaysia, berkata walaupun pentadbiran
Tanah Melayu di bawah British ketika serangan pada tahun 1950 itu, tetapi
pemerintahan adalah di bawah Raja-raja.

Beliau berkata pihak British telah menandatangani perjanjian dengan
Raja-raja bahawa Tanah Melayu hanya dinaungi British, bukan dijajah dan
pemerintahan itu masih kekal kepada Raja.

“Sejarah merupakan sesuatu yang dapat diuji dan kesimpulan sejarah mestilah
tepat. Ahli-ahli sejarah tidak dibenar membuat penghakiman dari sudut moral,”
katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi
pada perbicaraan kes Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa memfitnah
anggota keselamatan Bukit Kepong dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.

Khoo berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin
yang mewakili Mohamad Sabu.

Khoo berkata tidak dinafikan dan secara praktik bahawa polis pada ketika itu
di bawah pentadbiran British tetapi Raja-raja masih mempunyai kuasa mutlak.

Meor Sulaiman kemudian menetapkan 27 April untuk serahan nota bertulis dan
membenarkan jaminan tertuduh dilanjutkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani dan
Yusaini Amir Abdul Karim.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 59, didakwa memfitnah anggota
polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas
komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat
tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan
Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor
pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota
polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff
Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.– BERNAMA

Tags: Komunis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

Suami Isteri Beri Keterangan Mengenai Karikatur Komunis

13/01/2021
0

GEORGETOWN - Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran milik mereka tampil ke Ibu Pejabat Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd