• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Sarawak Anggap PAS Liabiliti Menjelang Pilihan Raya Negeri

oleh AK-47
30/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS menyifatkan DAP Sarawak hanya menjaga kepentingan diri apabila memutuskan hubungan dengan PAS menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, sebab sebenar DAP Sarawak keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) bukan kerana hudud tetapi kerana merasakan PAS satu liabiliti.

“Cara berfikir DAP Sarawak ini berdasarkan otak yang tidak betul, kerana hudud tidak ada kaitan dengan Sarawak, kerana tak mungkin hudud boleh dilaksanakan di Sarawak.

“Sebenarnya, mereka tidak mahu dikaitkan dengan PAS kerana mereka rasa PAS ini liabiliti menjelang pilihan raya negeri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Mustafa mengulas keputusan DAP Sarawak yang mengumumkan hari ini keluar PR Sarawak berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana PAS menyeleweng dari dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

“Selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

“Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak,” kata Chong.

Mustafa berkata, DAP hanya menjadikan hudud sebagai isu sedangkan hudud tidak ada kaitan langsung dengan Sarawak.

“Tidak mungkin hudud dibawa ke Sarawak, kerana wakil PAS tidak ada pun dalam Dewan Negeri. Jadi tidak kena DAP kaitkan hudud dengan Sarawak, kaitkan dengan PAS lah senang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, DAP bebas mengambil langkah tersebut memandangkan hubungan dalam PR tidak ada perjanjian bertulis yang mengikat anggotanya.

“Setiap anggota bebas untuk keluar, atau apa saja apa difikirkan baik baginya,” katanya.

Beliau juga mendakwa, keputusan DAP kali ini ulangan kepada tindakan DAP yang keluar Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana tidak mahu dikaitkan dengan PAS, menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sarawak, Abusiraj Almuner enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu kerana menganggap keputusan mengenainya sudah lama dibuat DAP Sarawak.

“Hari ini hanya dirasmikan saja,” katanya.

Sementara itu, sumber mengatakan, tindakan DAP Sarawak itu hanya akan menyusahkan PKR kerana ia akan menimbulkan konflik antara mereka dalam menentukan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

“PAS tidak ada masalah, kerana DAP tidak akan bertanding di kerusi yang PAS bertanding, tetapi DAP akan bertanding di kerusi yang PKR nak bertanding,” katanya. – Malaysian Insider

Tags: DAPpakatan rakyatPASpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd