• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Kekal, Permohonan Pengampunan Anwar Dilupus

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Petisyen pengampunan Diraja yang difailkan isteri dan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah, dikatakan telah dilupuskan.

Memetik laporan dari portal politik, The Malaysian Insider, keputusan tersebut telah dibuat pada 16 Mac lalu.

Namun demikian, tidak dapat dipastikan sama ada keputusan itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada empunya diri, Anwar, ahli keluarganya serta Speaker Dewan Rakyat.

[BERKAITAN: Lembaga Pengampunan Sudah Buat Keputusan Anwar]

Keluarga-Anwar-pengampunan-diraja

Menurut laporan sama, peguam kanan persekutuan, Amarjeet Singh telah menyerahkan afidavit kepada mahkamah, dan peguam N Surendran serta Latheefa Koya memberitahu bahawa mahkamah telah melupuskan petisyen berkenaan.

Kata Amarjeet lagi, memandangkan petisyen telah dilupuskan maka kedudukan perlembagaan jelas terhadap isu terbabit, iaitu hukuman penjara terhadap Ketua Pembangkang itu kekal.

Lantas itu, secara automatiknya juga, kerusi yang dimenanginya di kawasan Permatang Pauh bakal dipertandingkan sekali lagi.

Walau bagaimanapun, dalam respon terhadap dakwaan ini, anak sulungnya Nurul Izzah berkata, dia dan keluarganya kini menunggu keputusan rasmi yang bakal diumumkan Rabu depan.

“Kami belum menerima sebarang maklum balas daripada saluran rasmi. YDP Agong yang memegang keputusan itu, bukan lembaga.

“Hanya YDP Agong mesti secara rasmi menyatakan keputusan itu. Oleh itu, kami tidak boleh menerima apa-apa kenyataan yang dibuat pihak berkepentingan.

“Kami menunggu pengesahan rasmi mengenai status permohonan itu Rabu akan datang.”

– MYNEWSHUB.CC

Status Anwar Sebagai Ahli Parlimen Akan Ditentukan Selepas Keputusan Petisyen Diumum

Tags: Anwar IbrahimNurul IzzahYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd