• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPDNKK Temerloh Rampas 988 Tong Gas LPG

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Bahagian Pengkuatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (PPDNKK) Cawangan Temerloh berjaya merampas 988 tong gas LPG dalam serbuan berasingan di daerah ini dan Maran semalam kerana melanggar peraturan bekalan stok.

Ketua bahagian itu Ahmad Fitri Ali berkata jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM306,760.

“Dalam serbuan di pekan Lancang, berjaya merampas sejumlah 900 tong gas dengan 250 buah berisi gas LPG dan yang kosong 650 buah. Dalam serbuan itu seorang lelaki berumur 40 tahun dan seorang pekerja lelaki dan sebuah treler telah ditahan.

“Manakala dalam serbuan kedua pada 5 petang di Felda Jengka 12, Maran pula, sebanyak 88 tong berisi gas LPG dirampas dan seorang lelaki berumur 40 tahun turut ditahan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam serbuan ketiga pada 6 petang di Taman Perindustrian Mentakab di sini, sejumlah invois dan resit jualan gas LPG telah dirampas dan disita, katanya.

Ahmad Fitri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi kesalahan membuat pengisytiharan yang meragukan (memberikan maklumat palsu) dan mengikut Peraturan 13 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 bagi kesalahan pemborong gagal menyelenggara buku stok.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM3 juta atau tiga tahun penjara, manakala bagi syarikat didenda RM5 juta.

Beliau meminta orang ramai memberi maklumat kepada PPNKK sekiranya mengetahui atau mendapati ada peniaga yang menyeleweng terutamanya bertujuan menaikkan harga barang, untuk diambil tindakan. – BERNAMA

Tags: KPDNKKseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd