• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Juruterbang: Pelan Pemulihan MAS Tepat Masanya

oleh Ahmad Albab
28/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN ramai mempertikaikan cadangan Khazanah Nasional Berhad untuk mengurangkan sejumlah 6,000 orang kakitangan MAS namun seorang juruterbang kanan bersetuju dengan langkah yang bakal diambil itu.

Juruterbang yang pernah menyertai MAS tetapi kini bersama sebuah syarikat penerbangan lain memberitahu MalaysiaGazette, tindakan Khazanah itu tidak salah sebaliknya tepat pada masa.

Beliau yang berpangkat Kapten itu mengakui sangat lega kerana akhirnya syarikat penerbangan itu diberi bantuan ‘pernafasan’ oleh Khazanah walaupun 30 peratus daripada 16,500 kakitangan MAS terpaksa berkorban.

Secara jujurnya, beliau risau, bimbang amat sangat tentang nasib rakan-rakannya di MAS jika syarikat itu bankrap – walaupun itulah hakikatnya. Paling penting beliau tidak mahu MAS terkubur.

“MAS sebuah syarikat penerbangan yang baik, seronok bekerja dengan MAS. Silapnya hanya pada pengurusan MAS,” katanya tanpa berselindung.

Berikutan itu, juruterbang kanan menyokong pelan pemulihan MAS cadangan pengurangan pekerja kerana dakwanya syarikat itu mempunyai terlalu banyak pekerja. Kalau di syarikat penerbangan tempat beliau bekerja sekarang seorang kerani kena buat tiga kerja tetapi di MAS, tiga kerani buat satu kerja.

“Anda nampak tak perbezaan itu?,” soal Kapten itu kepada penulis sambil memberitahu proses untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma oleh kakitangan MAS pun mengambil masa dua minggu.

Untuk mendapatkan surat pengesahan jawatan pun perlu menunggu tiga hari, sedangkan ia boleh dilakukan tidak sampai 10 minit, sekaligus menunjukkan kakitangan MAS di jabatan tertentu tidak produktif.

Beliau tidak menolak kakitangan MAS di bahagian tertentu tidak efisen disebab pihak atasan yang mengamalkan kronisme.

“Di MAS anak dengan bapa boleh kerja sebumbung. Itu belum lagi membawa masuk anak saudara, sepupu dan adik beradik. Mereka buat MAS like nobody’s business.

“Walaupun pada dasarnya tidak salah tetapi dari aspek budaya kerja yang betul, daya saing, kepelbagaian kebolehan tidak ada di MAS ,” ujarnya.

Cuma, Kapten itu berkata, dalam persediaan polisi langit terbuka Khazanah perlu berhati-hati dalam melakukan pengurangan itu untuk memastikan NewCo memiliki tenaga kerja terbaik.

Jelasnya, ketika syarikat penerbangan lain menambah kakitangan ekoran pertambahan operasi, MAS pula terpaksa melakukan pendekatan sebaliknya berikutan pemilihan kakitangan yang hendak diberhentikan perlu betul.

“Saya tidak rasa pengurangan itu membabitkan juruterbang, anak kapal, jurutera dan kakitangan teknikal. Kalau berlaku sukar bagi MAS menghadapi persaingan sengit daripada syarikat penerbangan lain,” tambahnya.

Mengulas mengenai perlunya NewCo memiliki kesatuan pekerja, ini jawapan beliau: “Tidak perlu”. Tambahnya, semua syarikat penerbangan tertakluk kepada undang-undang penerbangan awam dan syarikat tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap kakitangannya.

Beliau juga menyifatkan kewujudan banyak kesatuan dan persatuan seperti yang ada dalam MAS sekarang hanya menyukarkan pengurusan dan kakitangan sendiri.

“MAS memang ada kesatuan dan banyak persatuan tetapi adakah semua ini membantu kakitangan MAS yang menghadapi bermasalah? Ini satu perkara yang tidak pernah ditanya.

“Sebaliknya, kesatuan dan persatuan yang ada hanya berperanan sebagai parti politik. Bising apabila kehendak mereka tidak dipenuhi tetapi matlamatnya untuk siapa?,” ujarnya yang mendakwa bukan semua kakitangan MAS bersetuju dengan pendirian kesatuan dan persatuan.

Secara peribadi, juruterbang ini memberitahu, Malaysia belum sampai seperti negara-negara barat yang memerlukan kesatuan kerana secara prinsipnya majikan di negara ini masih terbuka dalam aspek kebajikan pekerja.

“Saya bukan hendak memuji AirAsia tetapi syarikat penerbangan ini tidak perlu kesatuan kerana majikannya mengamalkan sikap terbuka dengan kakitangannya tanpa mengira kedudukan.

“Tanpa kesatuan AirAsia juga mengiktiraf kakitangannya dalam pelbagai bentuk, secara tidak langsung membuatkan hati kakitangannya gembira bekerja.

“Bekerja dalam suasana gembira meningkatkan semangat kerja dan AirAsia telah dibuktikan apabila merekodkan keuntungan saban tahun. Tapi apa yang MAS ada, semuanya cerita sedih.

“Cerita sedih kerana kesatuan dan persatuan tidak puas hati dengan pengurusan dan pengurusan pula tidak peduli kesatuan, yang akhirnya menyebabkan keadaan huru-hara,” ujarnya.

– MalaysiaGazette

Tags: JuruterbangMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd