• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lumpuhkan Sindiket Curi Motosikal Di Machang

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal dikenali kumpulan ‘Tiger’ selepas menahan lapan individu di sekitar daerah ini, bulan ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang DSP Loo Lian Lay berkata kesemua yang ditahan berumur antara 19 dan 42 tahun dan dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini.

“Hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku mencuri 10 buah motosikal di Machang, sebuah motosikal di Tanah Merah dan tiga buah di Rantau Panjang,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini, Rabu.

Beliau berkata kumpulan ini menjual motosikal curi dengan harga murah iaitu antara RM300 dan RM400 bagi sebuah motosikal.

“Mereka menjual motosikal curi ini di kawasan pedalaman iaitu seperti di Kampung Bahagia di jajahan Kuala Krai bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Loo berkata polis juga menahan tiga individu berumur antara 14 dan 17 tahun juga pada awal bulan ini.

“Mereka mengaku mencuri lima buah motosikal di daerah ini dan kita sedang memburu saki-baki anggota kumpulan ini,” katanya.

Katanya, polis percaya melalui penahanan lapan individu ini sebanyak 20 kes kecurian motosikal di sekitar daerah Machang, Pasir Mas dan Rantau Panjang diselesaikan.

Beliau berkata kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga maksimum tujuh tahun.

Sementara itu, Loo berkata pelbagai usaha dilakukan untuk memerangi kegiatan jenayah di sekitar daerah ini antaranya dengan mengedarkan poster dan risalah di tempat tumpuan masyarakat.

“Ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan kita juga akan mengadakan satu Ops khas di daerah ini bagi membanteras jenayah.

“Orang ramai juga perlu membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat tentang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan mereka,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=_TUK59RbdQg

Tags: Jenayahmotosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd