PELAKON yang mendapat jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’ Lana Nodin akhirnya mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, David Mc Kienze atau Mohd Daud Mc Kienzie Abdullah pada 15 Mei ini.
BACA: 7 Bukti Mat Salleh ‘Sado’ Ini Bakal Suami Lana Nodin
Lana yang hadir bersama jejaka Amerika Syarikat berkenaan mengumumkan berita gembira itu dalam sidang media khas di Hotel Istana, Kuala Lumpur petang tadi.
Bakal suami Lana merupakan seorang atlet sukan bola tampar peringkat Olimpik.
Pasangan ini mengumumkan, majlis mereka dibuat sepenuhnya di Hotel Istana bermula dari majlis malam berinai, bernikah hinggalah ke majlis resepsi.
Berita perkahwinan Lana agak mengejutkan peminat hiburan termasuk rakan media kerana pelakon jelita ini pandai merahsiakan hubungan cinta terbarunya.
Apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah dan moga berbahagia!
– MYNEWSHUB.CC