• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar 2 Makmal Dadah, Tahan 3 Lelaki Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis membongkar dua makmal memproses dadah dan menahan tiga lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM520,000 dalam dua serbuan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan sejak minggu lepas, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah flat di Taman Bukit Gambir di sini pada 10 malam dan menahan seorang tukang masak.

“Semasa serbuan, lelaki berusia 30-an itu berada di rumah dan hasil pemeriksaan polis berjaya membongkar makmal dadah dalam sebuah bilik di kediaman itu. Kami menemui pelbagai jenis dadah yang telah siap dibungkus dan belum diproses.

“Antara dadah yang dirampas heroin seberat 15,151 gram (g), heroin base (1,138g), kafein (25,866g), peralatan memproses dadah dan bahan-bahan kimia untuk memproses bahan terlarang itu. Nilai semua dadah RM500,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit mendapatkan bekalan daripada sindiket dadah dan menjalankan aktiviti memproses dadah di rumah itu serta mengedar secara bersendirian sejak tiga bulan lepas.

Mior Faridalatrash berkata dalam serbuan kedua di sebuah kondominium di Penang Times Square, Jalan Patani di sini, polis menahan dua lelaki termasuk seorang OKU yang kudung tangan dan membongkar sebuah makmal yang beroperasi sejak tiga bulan lepas.

“Dua lelaki berusia 30-an dan tidak bekerja itu berada dalam rumah berkenaan ketika serbuan pada 11.15 malam tadi dan hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis heroin seberat 1,000 gram bernilai RM20,000 dan merampas pelbagai peralatan memproses dadah,” katanya.

Beliau berkata polis percaya dua lelaki terbabit adalah anggota sindiket dadah dan usaha mengesan beberapa lagi anggota sindiket itu giat dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalatrash berkata polis menyelesaikan 17 kes curi motosikal dan menemui semula 10 motosikal bernilai RM10,000 selepas menahan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Burma, di sini pada 3 pagi 9 Mac lepas.

Beliau berkata lelaki terbabit dikesan apabila dia mengiklankan motosikal untuk dijual dengan harga lebih murah melalui laman sosial Facebook dengan mendakwa pembeli asal gagal membayar ansuran kepada kedai atau bank. – BERNAMA

Tags: Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd