• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesilat Umpama Angkatan Ketiga Pertahanan Negara – PM

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Semua pesilat dan pertubuhan silat adalah umpama angkatan ketiga yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh durjana sama ada dari dalam mahupun luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata walaupun masyarakat kini dalam zaman kontemporari serba moden tetapi semangat kependekaran sangat penting dalam konteks pertahanan negara.

“Pembabitan dalam persilatan khususnya persilatan gayong ada beberapa kelebihan yang boleh dihayati iaitu membina kekuatan yang tidak berpaksi kepada kekuatan fizikal sahaja tapi pengorbanan rohani, jiwa, mental supaya sentiasa kental menghadapi sebarang cabaran,” katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis ‘Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015’ anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) yang dihadiri kira-kira 12,000 pesilat gayong seluruh negara di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Najib berkata, antara kelebihan lain seorang pesilat ialah seni mempertahankan diri itu menekankan kepentingan penambahbaikan diri daripada segi fokus dan meraih kepakaran yang semakin mendalam dan tinggi.

“Silat juga membentuk kesatuan dan kesepaduan. Ini amat penting demi survival orang Melayu dan kecemerlangan bangsa yang mesti berpaksi kepada solidariti antara orang Melayu dan Islam,” katanya yang juga Imam Khalifah Agung PSSPGM.

Najib berkata, silat juga membangunkan anak-anak muda selain menekankan disiplin dan jati diri dalam membina karektor dan keutuhan jati diri.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga dengan komitmen pesilat gayong dari seluruh tanah air.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Yayasan Pusaka Gayong dan menyampaikan sandang kebesaran gayong kepada beberapa individu termasuk artis tanah air Ahmad Azhar Othman yang lebih dikenali sebagai Awie, dan Nasir Bilal Khan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razaksilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd