• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harapan Skuad Hoki Kebangsaan Beraksi Di Rio Cerah

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAKHIRNYA kemelut antara Konfederasi Hoki Kebangsaan (MHC) dengan penyerang berbisa kebangsaan Faizal Shaari dilihat akan mencerahkan peluang pasukan hoki kebangsaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro tahun depan.

Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang yakin dengan peluang itu dengan kembalinya Faizal menyertai kem latihan kebangsaan, berkata semua pemain perlu kembali fokus pada latihan dan bersatu hati supaya impian itu dapat direalisasikan.

“Peluang untuk beraksi di Rio selepas ini akan lebih cerah, jadi semua pemain kena bersatu hati. Dengan adanya Faizal, mungkin pasukan lawan akan lebih gerun.

“Jadi saya harap Fizal dan pemain yang lain supaya kembali bangkit dan fokus dengan persiapan untuk Sukan Olimpik di Rio de Janeiro,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Diraja, Persekutuan Pengakap Malaysia di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Dalam masa yang sama baginda turut berharap supaya pemain kelahiran Terengganu yang sememangnya terkenal dengan kemampuan menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti itu supaya nekad berubah.

Tengku Abdullah juga mahu semua pemain meningkatkan tahap kecergasan masing-masing bagi menghadapi semua perlawanan termasuk Piala Sultan Azlan Shah minggu depan di Ipoh.

Faizal sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila menghilangkan diri lebih sebulan daripada menghadiri latihan pasukan hoki kebangsaan.

Ragam pemain itu dikatakan berpunca apabila MHC gagal menjelaskan bonus kemenangan yang dilaporkan tertunggak sejak tahun lepas menyebabkan beliau menghilangkan diri.

Bagaimanapun kelibat Faizal yang pernah berakasi dengan sebuah kelab hoki di India muncul Isnin untuk menjalani latihan dengan rakan sepasukan di Stadium Hoki Tun Razak selepas dipujuk oleh Tengku Abdullah. – BERNAMA

Tags: hokiTengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd