• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Kedai Runcit Miliki Rokok Seludup Didenda RM9,000

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mahkamah Majistret di sini hari ini mendenda seorang pengusaha kedai runcit RM9,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memiliki 11,360 batang rokok tidak sah bernilai RM816.40.

Norizan Yusoff, 46, dari Beseri, dekat sini melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya di Gerai Taman Sempurna Jaya, Beseri pada 11.05 pagi 12 Nov 2011.

Dia ditahan sepasukan pegawai Kastam selepas mereka menemui 6,560 batang rokok jenama John; 2,040 batang rokok jenama Paradox; 2,760 rokok jenama Surya Gudang Garam.

Norizan didakwa mengikut Seksyen 135(1(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai rampasan atau tidak lebih 20 kali nilai rampasan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu dalam rayuannya di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Sukri, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon agar dikenakan denda yang ringan kerana kedainya musnah terbakar kira-kira seminggu selepas ditahan Kastam.

“Mahkamah mengambil kira pengakuan tertuduh. Hukuman yang dikenakan adalah mengikut seksyen yang diperuntukkan,” kata Nik Mohd Tarmizi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa daripada Jabatan Kastam Perlis, Abdul Malik Awang Kechik. – BERNAMA

Tags: dendaRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd