• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legasi Lee Kuan Yew Tetap Terpelihara

oleh AK-47
25/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU — Legasi Lee Kuan Yew akan tetap terpelihara
dan terpahat dalam sejarah Singapura hasil usaha mendiang dalam
mentransformasikan republik itu sehingga menjadi sebuah negara maju, moden dan
dinamik kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menyampaikan ucapan takziah berikutan kematian pengasas Singapura
moden itu, beliau berkata Kuan Yew telah melakukan pelbagai usaha sebagai
pengasas dan Perdana Menteri selama 31 tahun di negara itu.

“Selain daripada itu, ketokohan mendiang amat tersohor di rantau ini dan di
seluruh dunia. Dunia kehilangan seorang yang mempunyai kemampuan untuk
menyumbang daya fikiran beliau dalam banyak hal,” kata Najib, ketika ditemui
pemberita selepas menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim
Almarhum Sultan Iskandar, di sini, hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan itu turut berharap agar Singapura dan
Malaysia mampu melihat ke hadapan dan terus melakar sejarah antara kedua negara
dalam membawa hubungan kedua-dua negara dan seluruh rantau ini ke arah lebih
maju dan berjaya.

Ketika ditanya sama ada landskap politik kedua-dua negara bakal berubah
dengan pemergian Kuan Yew, beliau mengakui tidak akan ada banyak perubahan.

“Saya tidak nampak banyak berubah sebab saya lihat Perdana Menteri sekarang
(Lee Hsien Loong) ini mempunyai hasrat untuk mengukuhkan hubungan antara
Malaysia dan Singapura,” kata Najib.

Beliau berkata meskipun terdapat cabaran dan masalah perbezaan pendapat, ini
tidak bermakna kedua-dua negara tidak boleh mencari jalan untuk terus
meningkatkan hubungan kedua-dua negara bagi kebaikan rakyat kedua-dua negara.

“Banyak usaha-usaha yang kita sedang lakukan seperti penyelesaian beberapa
Perjanjian antara kedua-dua negara, rancangan kita untuk mengadakan kereta api
laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, pembangunan Iskandar dan lain-lain lagi
menunjukkan bahawa kita mampu mengeratkan hubungan,” kata beliau.

Kuan Yew meninggal dunia pada 3.18 pagi hari ini di Hospital Besar
Singapura, selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu sejak 5 Feb
kerana radang paru-paru yang teruk.

Beliau berusia 91 tahun. – BERNAMA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd