• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Beri Penghormatan Kepada Mendiang Lee Kuan Yew

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada Lee Kuan Yew, perdana menteri pengasas Singapura yang meninggal dunia hari ini, dengan memuji kesungguhan pemimpin itu dalam membangunkan republik itu daripada sebuah negara baharu kepada sebuah bandar raya yang moden dan dinamik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Najib berkata beliau sedih mendengar berita kematian Kuan Yew.

Kuan Yew, bapa kepada Perdana Menteri Singapura Hsien Loong, meninggal dunia pada 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura di mana beliau dimasukkan ke hospital itu pada 5 Feb kerana radang paru-paru yang teruk. Beliau berusia 91 tahun.

“Ingatan dan doa saya bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan keluarga. Saya memberi penghormatan kepada kesungguhan Tuan Lee Kuan Yew dalam membangunkan Singapura daripada sebuah negara baharu kepada bandar raya yang moden dan dinamik kita lihat hari ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia komited kepada masa depan hubungannya dengan Singapura.

Beliau berkata Malaysia juga komited kepada keamanan, kestabilan dan berkongsi kemakmuran antara kedua buah negara dan dalam kalangan Asean secara keseluruhannya.

Dalam catatan Facebooknya, Najib menyifatkan pencapaian Kuan Yew sebagai hebat dan legasinya terjamin.

Perdana Menteri Hsien Loong mengisytiharkan tempoh berkabung negara mulai Isnin (23 Mac) hingga Ahad (29 Mac) dan sebagai tanda penghormatan, bendera negara dikibarkan separuh tiang. – BERNAMA

Tags: Lee Kuan YewNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd