• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sertai IS Kerana Tak Ada Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNIS (Tunisia) – Pihak berkuasa Tunisia menahan lebih 20 suspek militan dalam satu operasi di seluruh negara sejak 23 orang terbunuh dalam satu serangan di Muzium Bardo Rabu lalu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mohamed Ali Aroui berkata, 10 daripada mereka yang ditahan dipercayai terbabit secara langsung dalam serangan berkenaan.

“Kami menjalankan satu operasi besar-besaran bagi menentang kumpulan pengganas ini,” katanya.

Kementerian itu juga menyiarkan satu gambar seorang lagi suspek dan merayu orang ramai menyalurkan maklumat.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Pada masa sama, satu akaun media sosial yang mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan al-Qaeda di Tunisia juga memuat naik operasi serangan itu secara terperinci.

Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi dalam wawancara dengan majalah Paris Match berkata, 10,000 pemuda negara itu menyertai IS.

“Majoriti mereka golongan muda yang tidak bekerja dan menganggap jihad itu pekerjaan.

“Kira-kira 4,000 rakyat Tunisia menyertai IS di Syria, Libya dan di beberapa negara lagi. Kira-kira 500 daripada mereka sudah pulang dan kini menjadi ancaman.

“Jumlah ini tidak termasuk 5,000 hingga 6,000 lagi yang kami berjaya halang daripada keluar negara bagi menyertai kumpulan militan itu ,” katanya. – Reuters

Tags: ISTunisia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Malaysia Berharap Tunisia Beri Ihsan Kepada Rached Ghannouchi

Malaysia Berharap Tunisia Beri Ihsan Kepada Rached Ghannouchi

20/04/2023
0

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia berharap agar pihak berkuasa Tunisia dapat memberi layanan sewajarnya kepada pemimpin politik terkenal negara itu, Rached Ghannouchi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd