• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Kuan Yew Meninggalkan Legasi Singapura Moden & Makmur

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Lee Kuan Yew, pengasas perdana menteri Singapura yang meninggal dunia hari ini merupakan seorang berwawasan besar yang meninggalkan legasi Singapura moden dan makmur.

Kuan Yew meninggal dunia pada pukul 3.18 pagi Isnin di Hospital Besar Singapura selepas dimasukkan ke wad pada 5 Feb kerana radang paru-paru teruk. Beliau berusia 91 tahun.

Mendiang dianggap sebagai seorang daripada pemimpin terkemuka dan paling berpengaruh bukan hanya di Asia tetapi juga di peringkat global.

Sebagai perdana menteri pertama Singapura, Kuan Yew, biasa disifatkan sebagai pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan autoritarian, dikurniakan dengan bakat dan idea hebat, nilai-nilai dan kepimpinan yang berjaya merubah pulau kecil di hujung selatan Malaysia ini menjadi seperti yang dilihat hari ini – sebuah bandar raya bertaraf dunia dan paling selesa untuk didiami.

Selepas memastikan pemisahan negara ini daripada jiran paling dekat Malaysia dalam tahun 1965, beliau menggunakan keazaman, semangat politik dan tadbir urus baik untuk membentuk negara bandar ini menjadi sebuah pusat kewangan dan ekonomi global yang cemerlang.

Dilahirkan daripada keluarga kaya Cina pada 16 Sept 1923 di Singapura, Kuan Yew, yang digelar pengasas Singapura moden, mengetuai kerajaan selama lebih tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.

Beliau memimpin parti pemerintah People’s Action Party (PAP), yang diasaskannya dan merupakan setiausaha agung pertamanya, untuk memenangi lapan pilihan raya antara 1959 dan 1990.

Kuan Yew naik melalui sistem politik negaranya hingga menjadi perdana menteri pertama Singapura pada 5 Jun 1959.

Mendiang mengetuai pimpinan negara bandar ini untuk bergabung dengan Malaysia pada 1962 tetapi berpisah daripada persekutuan itu tiga tahun kemudian.

Pemisahan itu telah disifatkan sebagai cabaran paling besar bagi Kuan Yew sepanjang kerjaya politiknya.

Selepas pemisahan itu, hubungan antara dua negara jiran ini berdepan dengan keadaan turun naik, ada waktu baik dan ada ketikanya tegang, sehinggalah pada 2003, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Yang terkini, hubungan dua hala Singapura dan Malaysia pada tahap paling baik dari segi politik, ekonomi dan antara rakyat kedua-dua negara di bawah pimpinan anak Kuan Yew, Hsien Loong sebagai perdana menteri Singapura dan Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri Malaysia.

Kuan Yew meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 1990 dan dilantik menteri kanan oleh Perdana Menteri kedua Singapura Goh Chok Tong.

Pada Ogos 2004, beliau memegang jawatan penasihat, menteri mentor di bawah kerajaan pimpinan anaknya Hsien Loong.

Kuan Yew, lulusan undang-undang kelas pertama kepujian dari Universiti Cambridge pada 1949, mengumumkan persaraannya daripada kabinet pada 14 Mei 2011, selepas pilihan raya umum tahun itu, tetapi kekal sebagai anggota Parlimen Tanjung Pagar. – BERNAMA

Tags: Lee Kuan YewSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd