• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas PM Singapura Lee Kuan Yew Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pengasas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia hari ini pada pukul 3.18 pagi di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana Menteri.

Beliau berusia 91 tahun.

Menurut PMO, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak mendiang Lee Kuan Yew amat berdukacita.

Ia memetik Hsien Loong sebagai berkata prosiding pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Feb kerana radang paru-paru yang teruk.

Dilahirkan pada 16 Sept 1923, di Singapura, Kuan Yew dikenali sebagai pengasas Singapura modern, dengan mengetuai kerajaan lebih daripada tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.

Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People’s Action Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 dan 1990.

Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura daripada Malaysia dalam tahun 1965.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi besar dan berani, Kuan Yew berjaya menjadikan Singapura menjadi sebuah bandar raya negara bertaraf dunia.

Kuan Yew meletak jawatan sebagai perdana menteri dalam tahun 1990 dan dilantik sebagai Menteri Kanan oleh Perdana Menteri kedua Singapura Goh Chok Tong.

Pada Ogos 2004, Kuan Yew memegang jawatan sebagai penasihat atau Menteri Mentor dalam kerajaan yang dipimpin anaknya, Perdana Menteri sekarang Lee Hsien Loong.

Mendiang merupakan lulusan Undang-undang Ijazah Kelas Pertama Kepujian daripada Universiti Cambridge dalam tahun 1949.

Sepanjang memegang jawatan perdana menteri, menteri kanan dan penasihat lebih daripada 50 tahun, Kuan Yew merupakan antara tokoh politik paling berpengaruh di Asia.

Kuan Yew mengumumkan persaraannya daripada jawatan kabinet pada 14 Mei 2011 selepas pilihan raya umum tahun itu tetapi kekal sebagai anggota Parlimen.

Menurut PMO, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, anak mendiang Lee Kuan Yew amat berdukacita.

Ia memetik Hsien Loong sebagai berkata prosiding pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian. – BERNAMA

https://youtu.be/lqP4E32Xc9Y

Tags: Lee Kuan Yew
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Ingat, Lee Kuan Yew Mampu Tulis Jawi” – Abdul Hadi

06/08/2019
0

MARANG - Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr. Tan Seng...

Cucu Kuan Yew Langsung Perkahwinan Sejenis

26/05/2019
0

CAPE TOWN – Mengejutkan dunia, lagi-lagi negara sendiri, Singapura yang masih lagi mengharamkan perkahwinan sejenis, apabila cucu mendiang Lee Kuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd