• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Rampas Minyak Diesel Bernilai RM220,000 Di Pulau Redang

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 9 Kuala Terengganu merampas kira-kira 100,000 liter cecair minyak diesel bernilai hampir RM220,000 yang disyaki diseludup.

Ketua Penguatkuasa DM 9, Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevandas berkata minyak diesel itu ditemui ekoran penahanan sebuah kapal kargo minyak Mongolia kira-kira pukul 1 pagi Jumaat lalu, yang sedang bersauh di Pulau Redang, dekat sini.

Katanya, pemeriksaan terhadap kapal itu mendapati master kapal gagal mengemukakan perlepasan perlabuhan dan tidak melaporkan ketibaan di perairan Malaysia.

“Sampel minyak tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan lanjut untuk memastikan sama ada minyak itu adalah minyak bersubsidi atau tidak.

“Jika minyak itu adalah minyak bersubsidi perkara ini akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau menambah APMM turut menahan enam anak kapal warganegara Indonesia yang berusia antara 21 dan 53 tahun, namun siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurut Xavier, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti pemindahan minyak atau menerima minyak di tengah laut sebelum dikesan APMM, namun siasatan lanjut sedang giat dijalankan.

Katanya kapal terbabit dipercayai belayar dari pelabuhan Kemaman pada 18 Mac lalu sebelum bersauh di pulau peranginan itu.

Bagaimanapun, APMM tidak dapat membawa pulang kapal tersebut ke jeti APMM di Kuala Terengganu kerana mengalami kerosakan pada bahagian enjin.

Xavier berkata master kapal itu boleh didakwa di bawah Kaedah 10 (1) dan kaedah 15 Peraturan Perlabuhan Persekutuan 1953 iaitu tidak memaklumkan ketibaan kapal di Malaysia.

Peraturan itu memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd