• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kuala Lumpur Siasat Portal Malaysiakini

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan terhadap fitnah yang dilemparkan ke atas pasukan itu melalui laporan portal berita Malaysiakini semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, portal berita itu melaporkan dakwaan kononnya polis mengiringi konvoi Pemuda MCA semasa protes di Ibu Pejabat DAP Pusat di sini pada 20 Mac lalu.

Menurutnya, dakwaan itu berunsur fitnah dan boleh mengelirukan serta mendatangkan kegentaran kepada orang awam sekaligus menganggu ketenteraman awam.

“Kehadiran anggota polis dalam perhimpunan itu untuk tugas jaga keamanan atas dasar kawalan ketenteraman awam seperti kawalan ke atas perhimpunan lain dan dilakukan di bawah arahan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju.

“Polis Kuala Lumpur memandang serius perkara ini dan laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Setapak kerana itu tidak benar dan mempunyai unsur fitnah ke atas polis. Kertas siasatan telah dibuat berkaitan kes tersebut mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mengkritik pihak polis kerana mendakwa motosikal peronda polis dilihat mengiringi konvoi Pemuda MCA untuk mengadakan protes di Ibu Pejabat DAP berhubung enakman hudud.

Hong Soon berkata, orang ramai yang hendak mengetahui tugas-tugas polis di tempat awam boleh berhubung dengan ketua polis daerah dan tidak membuat andaian yang boleh mengelirukan.

“Mereka yang membuuat kenyataan demikian adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah, aib dan mengusarkan yang boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPMCApolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd