• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Kanak-Kanak Maut, Periuk Memasak Meletup

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Tujuh kanak-kanak yang mempunyai pertalian keluarga terkorban di New York selepas rumah mereka terbakar dipercayai berpunca daripada periuk elektrik mudah alih yang digunakan tidak berfungsi dengan baik.

Pihak berkuasa berkata, plat panas yang merupakan elemen dalam pemanas elektrik, mungkin telah digunakan untuk menyimpan dan menghangatkan makanan disebabkan budaya Yahudi ortodok mengharamkan memasak pada Hari Sabath, menurut Pesuruhjaya Kebakaran New York, Daniel Nigro pada sidang media.

“Ini adalah tragedi kebakaran terbesar di bandar ini yang pernah terjadi dalam tempoh tujuh tahun.

“Ia adalah satu tragedi bagi keluarga ini, satu tragedi bagi masyarakat dan satu tragedi bagi bandar raya ini,” kata Nigro dalam komennya seperti dilapor The New York Times.

Anggota bomba dimaklumkan mengenai kebakaran rumah berkenaan selepas tengah malam. Mangsa yang terkorban berusia antara lima hingga 15 tahun.

Seorang wanita berusia 45 tahun yang dianggap sebagai ibu mereka dan seorang gadis berusia 14 tahun, sempat melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap dan kini sedang dirawat di sebuah hospital, keadaan mereka dilaporkan kritikal.

“Saya mendengar seorang wanita menjerit, ‘Anak-anak saya berada di sana. Tolong dapatkan mereka, bawa mereka keluar! ‘,” kata seorang Jiran, Nate Weber, kepada New York Post.

Ibu dan lapan kanak-kanak itu ketika kejadian berada di bahagian tingkat atas rumah manakala kebakaran berlaku di bahagian dapur di tingkat bawah. – AFP

Tags: kanak-kanakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd