• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Nikah Anak PM Viral Di Laman Sosial Palsu

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) semalam menjelaskan surat perakuan nikah anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kessikbayev, yang tersebar di media sosial, adalah palsu.

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, maklumat mengenai mas kahwin dan jumlah hantaran yang tertera pada surat perakuan nikah itu adalah tidak benar selain sijil berkenaan tidak ditandatangani pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jawi.

“Pihak Jawi ingin menegaskan bahawa surat perakuan nikah berkenaan adalah palsu,” katanya dalam kenyataan di sini.

surat-nikah-palsu

Jawi turut menyertakan salinan surat perakuan nikah palsu yang dilaporkan viral di media sosial dan salinan surat perakuan nikah asli bersama-sama kenyataan itu.

Kandungan dokumen palsu itu antara lain menyatakan nilai mas kahwin ialah RM111 dan jumlah hantaran sebanyak US$500,000.

Salinan dokumen asli yang diperoleh daripada Jawi memaparkan nilai mas kahwin ialah sebanyak RM5,000 tanpa menyatakan belanja hantaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan sendiri akad nikah pasangan itu dalam satu majlis di Putrajaya semalam.

Nooryana Najwa dan Daniyar mula berkenalan ketika kedua-duanya menuntut di Amerika Syarikat. – BERNAMA

Tags: isu viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yogi, Anjing ‘Wajah Manusia’ Jadi Selebriti Internet

15/03/2018
0

APABILA Chantal Desjardins memuat naik foto anjing peliharaannya, Yogi, ke media sosial, dia tidak menjangka haiwan itu akan menjadi popular serta-merta! Ini...

Janda Minta Kena Rogol Tampil Minta Maaf Pula

07/03/2018
0

SEMALAM, tular di media sosial dan portal dalam talian sebuah rakaman video mengenai seorang janda di Kedah yang meminta dirogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd