• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Warga Nigeria Ke Tali Gantung Kerana Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pelajar warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 725.4 gram dadah jenis methamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu setelah berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Luke Nnaemeka Ugwu, 29.

Dalam penghakimannya, Abdul Alim berkata pembelaan tertuduh, yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta, hanyalah bersifat penafian semata-mata.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di laluan keluar balai ketibaan antarabangsa KLIA pada pukul 9.45 malam, 15 Mei 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hasifulkhair Mohd Jamaluddin dan Husniyah Hanapi manakala tertuduh diwakili Hasnan Hamzah.

Sementara itu, dalam perbicaraan berasingan, dua lagi pelajar warga Nigeria terlepas daripada tali gantung apabila seorang daripada mereka mengaku bersalah atas tuduhan pilihan memiliki 4,432 gram kanabis pada 2012.

Onyeme Chibunna Okechukwu, 31, mengaku salah atas tuduhan pilihan itu sebelum perbicaraan bermula dan dikenakan penjara 12 tahun dan 12 sebatan oleh mahkamah yang sama manakala rakan senegaranya, Obdiegwu Chinwuba Sigismund, 29, dibebaskan.

Abdul Alim mengarahkan hukuman itu dikuatkuasakan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Feb 2012.

Mereka sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan sebelum pihak pendakwa raya mengubahnya kepada Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan minimum 10 sebatan.

Tertuduh mengaku memiliki dadah jenis kanabis atau ganja seberat 4,432 gram di tingkat 1, tempat letak kereta, Magna Villa Condo, Selayang pada kira-kira pukul 1 pagi, tiga tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhani Mohamad Adzhar manakala tertuduh diwakili Gurbachan Singh. – BERNAMA

Tags: hukuman matiwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd