• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Tergempar DAP Khamis Depan Bincang Hal PAS

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kedudukan dan pendirian DAP dalam hal berkaitan PAS akan dibincangkan pada mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu Khamis depan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya kepimpinan nasional membenarkan pimpinan parti di peringkat negeri dan nasional untuk menyatakan pandangan secara peribadi atau terbuka dalam mesyuarat pada Isnin depan berhubung isu undang-undang hudud berikutan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataan media di sini hari ini berkata daripada empat pindaan dalam undang-undang hudud 1993 yang asal seperti dijanjikan kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sewaktu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat terakhir yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Feb 2015, PAS telah membentangkan keseluruhan rang undang-undang hudud dengan kesemua 71 klausanya.

“DAP tegas membantah pelaksanaan undang-undang hudud bukan kerana ia undang-undang Islam, tetapi kerana hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Islam adalah agama rasmi Malaysia, Malaysia bukanlah semua negara Islam,” katanya.

Lim berkata isunya sekarang bukan sekadar berkenaan undang-undang hudud, yang dari sudut prinsip dan dasar sememangnya dibantah oleh DAP, tetapi juga persoalan kepercayaan dan kejujuran beberapa pimpinan PAS di peringkat nasional dan bagaimana mereka berpegang kepada janji. – BERNAMA

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd