• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perkemas Respons Kecemasan Banjir

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat pada minggu kedua menyaksikan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan cadangan untuk menambah baik respons kecemasan banjir kebangsaan, manakala pembangkang pula memuji langkah kerajaan melaksanakan Indeks Syariah yang berlandaskan prinsip ‘maqasid syariah’.

Pada hari pertama persidangan, perdana menteri mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula prosedur operasi standard bagi pengurusan bencana banjir berikutan banjir besar yang mengakibatkan lebih 200,000 penduduk terpaksa berpindah pada akhir tahun lepas.

Beliau juga berkata tiada keperluan sebuah suruhanjaya siasatan diraja dibentuk untuk mengkaji cara bencana banjir baru-baru ini ditangani.

Pada hari sama, Najib melancarkan Pelan Tindakan Sektor Awam dan Pelan Induk Logistik dan Fasiliti Perdagangan yang menggariskan pelbagai langkah strategik bagi mengoptimumkan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara.

Sesuatu yang jarang berlaku, Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) menyuarakan sokongan mereka terhadap pelaksanaan Indeks Syariah sebagai tanda aras pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Pembangkang telah berusaha keras untuk membentangkan cadangan itu sejak zaman (bekas Menteri Besar Kelantan) Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat. Usaha baik ini kini dilancarkan, walaupun Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sudah tiada lagi,” kata Siti Zailah.

Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pula cuba menimbulkan kekecohan dengan mendakwa perdana menteri membeli sebuah jet baharu untuk digunakan bagi perjalanan rasmi beliau ke luar negara.

Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat eksekutif itu, Airbus Corporate Jetliner (ACJ320), sebenarnya dibeli bagi menggantikan pesawat Boeing Business Jet (BBJ) kerajaan yang sudah berusia 16 tahun.

Katanya kerajaan membuat keputusan membeli ACJ320 melalui kontrak sewa beli 15 tahun bagi menggantikan pesawat BBJ, yang akan dijual untuk membiayai sebahagian daripada pembelian ACJ320 itu.

Beberapa anggota Parlimen parti pemerintah menyifatkan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) sebagai langkah proaktif kerajaan untuk membendung penularan ancaman kumpulan militan IS di negara ini.

Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik memandangkan semakin banyak rakyat Malaysia terpedaya oleh usaha memancing mereka menyertai kumpulan militan itu.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah), yang sependapat dengan Irmohizam, mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bekerjasama mendedahkan ideologi sesat dan kekejaman IS ‘yang tersembunyi di sebalik topeng’ kumpulan itu serta bercanggah dengan ajaran sebenar Islam.

Para anggota dewan juga membincangkan beberapa isu lain, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April; kedudukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB); desakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabitkan kesalahan agar beliau dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat; sektor kesihatan; pekerja asing; pembangunan dan pendidikan luar bandar.

Beberapa anggota Parlimen Pembangkang cuba menyeret Yang Dipertua Dewan Rakyat ke dalam agenda politik mereka dan perbuatan itu mendorong beliau menasihati anggota Parlimen agar tidak mengkritik beliau di dalam atau di luar Dewan.

“Parti pemerintah dan pembangkang mempunyai agenda politik masing-masing. Sekiranya saya diseret ke dalam agenda politik mereka, apakah yang akan terjadi kepada Parlimen?” kata beliau.

Persidangan minggu ini berkisar tentang perbahasan usul terima kasih terhadap titah Diraja. Persidangan minggu depan akan bertumpu pada ucapan penggulungan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakPasca Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

17/03/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM150 juta bagi usaha pemulihan meliputi program dan projek pasca banjir khususnya di Johor....

Hampir 4,000 Sukarelawan Pasca Banjir KBS Bantu Mangsa Bencana

04/01/2022
0

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggerakkan 3,864 sukarelawan pasca banjir kementerian itu bagi membantu mangsa banjir di negeri terjejas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd