• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pengkhianat Pakatan Rakyat! – DAP

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “DAP berasa amat marah kerana dikhianati oleh kepimpinan PAS”, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, PAS mengkhianati DAP dan pakatan rakyat kerana membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Menurut beliau, PAS bertindak curang dan menipu pakatan rakyat kerana bekerjasama dengan UMNO untuk meluluskan undang-undang yang lebih dikenali dengan hukum hudud itu.

guan

“Daripada cuma empat pindaan yang dijanjikan PAS kepada pemimpin pakatan rakyat semasa mesyuarat majlis pimpinan pakatan rakyat pada 8 Februari 2015, PAS membentangkan keseluruhan dengan penuh 71 fasal rang undang-undang hudud.

“Isu bukan semata-mata mengenai hudud tetapi kepercayaan dan kejujuran beberapa pemimpin PAS. Bolehkah DAP terus bekerjasama dengan pemimpin PAS apabila janji-janji dan kata-kata mereka tidak mempunyai nilai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut menuduh PAS sedang berusaha menghancurkan pakatan rakyat, maka parti itu perlu bertanggungjawab di atas keputusan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru, katanya, beliau telah mengarahkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP supaya mengadakan mesyuarat pada malam Isnin ini untuk melihat semula kerjasama dengan kepimpinan PAS yang tidak boleh dipercayai.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd