• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Curang, Lelaki Goda Rakan Isteri Nyaris Hilang Zakar

oleh
21/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHISINAU — Gara-gara cuba memikat kawan baik isteri sendiri, seorang lelaki warga emas hampir kehilangan zakarnya akibat digigit sehingga putus oleh wanita terbabit yang marah diajak melakukan hubungan seks di sebuah taman bunga.

Kejadian malang tetapi lucu itu dilaporkan berlaku di Chisinau, ibu negara Moldova; sebuah negara kecil Eropah antara Ukraine dan Romania; apabila mangsa, Florin Ionita, 53 tahun, selesai berkelah dengan isterinya, Maria, 49 tahun.

Mangsa ditemui isterinya sedang terbaring dengan seluar melurut dan masih memegang batang kemaluannya yang berdarah sambil mengerang kesakitan selepas diserang spontan wanita itu yang berang akibat digoda lelaki terbabit.

“Kami sebelum itu berkelah di taman bersama rakan-rakan dan kemudian saya menghantar beberapa kawan ke rumah menggunakan kereta saya, meninggalkan suami dengan seorang rakan saya berdua-duaan di taman,” kata Maria.

Keadaan Florin Ionita terbaring di lobi hospital sambil mengerang kesakitan akibat zakarnya nyaris hilang digigit rakan baik isterinya.

Apabila kembali ke situ, dia mendapati suaminya dalam keadaan berlumuran darah dan memintanya segera menghubungi ambulans, namun Maria yang curiga melihat keadaan Florin mendesak lelaki itu menceritakan perkara sebenar.

Mangsa akhirnya mengaku cuba memikat rakan baik Maria dengan membuka seluar dan menunjukkan zakarnya yang tegang untuk mengadakan persetubuhan tetapi wanita itu bertindak balas menggigit kemaluan lelaki tersebut.

Walaupun sudah memaafkan perangai ‘gatal’ suaminya, Maria kesal lambat menelefon ambulans manakala rakannya itu membuat laporan polis atas dakwaan Florin melakukan perbuatan tidak senonoh berbaur lucah secara terbuka.

Polis berkata, pihaknya akan menyoal siasat Florin sebaik lelaki itu sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, malah jika terbukti cuba bertindak sedemikian, dia pula boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun. – Agensi

Tags: curangkemaluanMoldovasekssetubuhzakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Lima Kanak-kanak Antara 19 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu

Lelaki Didakwa Curang Maut Ditikam Kekasih

12/03/2024
0

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd