• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LIMA’15 Pamer Kekuatan Dan Kesiapsagaan Negara

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 secara tidak langsung mempamerkan kekuatan sesebuah negara dalam aspek kesiapsiagaan pertahanan masing-masing, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam hubungan ini LIMA edisi ke-13 tahun ini menawarkan banyak peluang kerjasama termasuk dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara kerajaan atau syarikat yang terbabit dengan industri pertahanan, titah baginda.

“Kita boleh belajar cara pengurusan dan penyelarasan khususnya aset-aset berteknologi tinggi serta membandingkan kekuatan aset yang dipamerkan dari sudut pertahanan termasuk antara negara.

“Aspek ini amat mustahak bagi Angkatan Tentera Malaysia mengenali dengan jelas kelebihan sesuatu aset tersebut,” titah baginda selepas melawat gerai pempamer LIMA 2015 di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang juga Komander (bertauliah) Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Arau bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut Pengarah Cawangan Operasi Udara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Brig-Jen Rosni Aziz.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pameran LIMA 2015 menunjukkan aset tentera terkini yang boleh memberi pilihan terbaik untuk keperluan masing-masing.

Lebih 500 syarikat dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pameran itu yang dijangka dihadiri kira-kira 40,000 pelawat perniagaan. – BERNAMA

Tags: LIMA'15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LIMA 2015 Dijangka Tarik Lebih 130,000 Pengunjung

21/03/2015
0

LANGKAWI - Jumlah pengunjung ke Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'15) mencatat rekod baharu pada hari terakhir pameran terkemuka...

Kontrak Bernilai RM9.3 Bilion Ditandatangani Pada LIMA ’15

19/03/2015
0

LANGKAWI - Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini menyaksikan sejumlah RM9.3 bilion kontrak, memorandum persefahaman (MoU),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd