• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Oklahoma State University Berminat Hantar Pelajar Ke M’sia

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Oklahoma State University (OSU) menyatakan minat untuk menghantar pelajarnya ke Malaysia bagi mengikuti pendedahan dan program sangkutan jangka pendek di pelbagai institusi semasa cuti musim panas.

Presidennya, Burns Hargis berkata OSU berminat untuk menghantar pelajarnya ke Malaysia berikutan hubungan sangat baik universiti itu dengan Malaysia selain jumlah pelajar Malaysia yang banyak di universiti berkenaan.

“Malaysia satu daripada negara terbesar (jumlah pelajar) di OSU pada 80-an dan 90-an. Oleh itu, kami ingin menghantar lebih banyak pelajar kami ke Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang juga alumni OSU.

Hargis turut mengalu-alukan lebih banyak pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke OSU.

Ali berkata dalam perbincangannya dengan delegasi OSU, Hargis membangkitkan isu berkaitan permohonan visa untuk pelajar universiti itu datang ke Malaysia semasa cuti musim panas.

“Malaysia mengalu-alukan pelajar antarabangsa OSU dan saya akan meneliti urusan permohonan visa antarabangsa pelajar. OSU memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang untuk bekerjasama dengan beberapa universiti dan agensi kerajaan di Malaysia,” katanya.

Ali memperoleh ijazah Sarjana Ekonomi daripada OSU pada 1986 diikuti Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Ekonomi pada 1997. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd