• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Salur 3 Bentuk Bantuan Kepada Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan tiga bentuk bantuan dalam usaha membantu mangsa banjir melalui bantuan wang ihsan, pembinaan rumah kekal dan pembaikan rumah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sebanyak 100,835 ketua isi rumah telah menerima bantuan wang ihsan RM500 seorang di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Di Kelantan, keseluruhan 69,770 mangsa banjir menerima RM34.8 juta, 12,348 mangsa di Terengganu (RM6.22 juta) dan 21,627 mangsa di Pahang (RM10.8 juta)”, katanya menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Gelang patah) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah peruntukan untuk kerja pemulihan banjir.

Shahidan berkata kerajaan turut menerima 2,159 permohonan bagi pembinaan rumah kekal di ketiga-tiga negeri terlibat dan daripada jumlah itu 2,044 rumah akan dibina dengan kos setiap satu RM48,000.

Jumlah mengikut pecahan meliputi Kelantan dengan pembinaan 1,346 rumah oleh kerajaan persekutuan dan 572 oleh kerajaan negeri, Terengganu (tujuh rumah oleh kerajaan persekutuan dan sebuah oleh kerajaan negeri) dan Pahang, 118 rumah oleh kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Shahidan berkata setakat 16 Mac, sebanyak 3,318 permohonan telah disahkan dari negeri-negeri terlibat dan layak menerima bantuan pembaikan rumah.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM800 juta bagi membina semula infrastruktur asas seperti sekolah dan RM893 juta yang disediakan dalam Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir”, katanya.

Kementerian Kewangan juga memberi peruntukan RM50 juta dalam Tabung Wang Amanah Bantuan Bencana Negara mengikut keperluan untuk mangsa banjir.

Kepada soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) mengenai timbulnya dakwaan bahawa Kelantan seperti tiada kerajaan sewaktu berlakunya banjir, termasuk daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Shahidan berkata sebagai menteri yang berada di lapangan, dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Memang ada kekurangan tapi jika mengatakan seolah-olah Kelantan tidak ada kerajaan adalah tidak adil kerana Menteri Besar Kelantan hadir sama menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan”, katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd