• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Bercadang Tingkat Had Laju Di Lebuh Raya

oleh Ahmad Albab
19/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan had laju kebangsaan di lebuh raya kerana reka bentuk geometri jalan raya di Malaysia hanya sesuai untuk kelajuan kenderaan 120 kilometer sejam (km/j).

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kriteria penetapan had kelajuan kenderaan di negara ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor setelah mengambil kira reka bentuk jaringan jalan raya dan lebuh raya memenuhi piawaian ditetapkan.

“Kadar had laju yang diwartakan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini bertujuan memastikan tahap keselamatan pengguna secara keseluruhan.

“Ini kerana aspek keselamatan merupakan antara faktor utama dalam menentukan had kelajuan di sesuatu lokasi seperti di kawasan berkepadatan tinggi, kawasan menghampiri plaza tol, susur keluar dan kawasan angin lintang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) mengenai had laju kebangsaan kenderaan di lebuh raya perlu ditingkatkan memandangkan kenderaan semakin berkualiti dan berkelajuan tinggi pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rosnah berkata cadangan itu juga dilihat tidak perlu kerana hanya 10 peratus kenderaan di negara ini berada dalam kategori berkelajuan tinggi.

Kementerian, katanya sentiasa berbincang bersama Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pengangkutan dari semasa ke semasa bagi mengkaji had kelajuan yang diwartakan namun ia tertakluk kepada nasihat daripada agensi berkaitan termasuk kelulusan kerajaan.

Had laju kebangsaan yang ditetapkan adalah 110km/j bagi lebuh raya antara bandar, 90km/j (lebuh raya dalam bandar) dan 90km/j (jalan persekutuan), katanya.

Rosnah berkata kerajaan memandang serius soal keselamatan jalan raya berdasarkan kepada statistik kemalangan yang masih di tahap serius, termasuk yang membabitkan kemalangan maut.

Berdasar statistik, pada 2012 sejumlah 4,753 kemalangan maut direkodkan, kemalangan parah (8,430) dan kemalangan ringan (6,702) manakala pada 2013 pula, kemalangan maut (4,484), kemalangan parah (2,870) dan kemalangan ringan (4,931). – BERNAMA

Tags: Kerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd