• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Kabinet BN Dah Lama Isytihar Harta..

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua menteri kabinet daripada Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Selain menteri, katanya setiap anggota Parlimen juga perlu berbuat demikian.

“Sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri, saya juga telah mengisytiharkan harta saya. Jadi isu (untuk mengisytiharkan) harta tidak timbul.

“Kami mungkin tidak mengisytiharkannya kepada umum tetapi kami telah melakukannya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program “Projek Angkat Dan Upaya’ (PADU), di sini semalam.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas cadangan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa semua menteri kabinet dahulu dan sekarang perlu mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka untuk mengelakkan pertelingkahan kepentingan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata semua anggota Parlimen BN telah mengisytiharkan harta mereka dan ini telah menjadi amalan biasa untuk beberapa waktu.

Gesaan Tengku Razaleigh itu adalah susulan langkah anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya minggu lepas.

– BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd