• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Warga Myanmar Tiada Kaitan Pemerdagangan Manusia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menolak dakwaan bahawa beberapa kes pembunuhan membabitkan warga Myanmar di negara ini mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Sebaliknya beliau berkata kebanyakan kes disebabkan oleh perbalahan, membalas dendam, jenayah perniagaan atau rangkaian dadah antara pendatang dari negara itu.

“Sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan pemerdagangan manusia tetapi ia disebabkan oleh konflik dalam komuniti itu,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau mengulas peningkatan kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar, termasuk di Pulau Pinang apabila sembilan rakyat Myanmar telah didakwa di Mahkamah Majistret bersabit pembunuhan beberapa orang rakan senegara mereka tahun lepas.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata kementerian akan membentangkan Rang Undang-Undang Anti Keganasan (Pejuang Asing) semasa sidang Dewan Rakyat sekarang dalam usaha untuk menghalang pejuang asing daripada memasuki Malaysia sebagai laluan transit.

“Kami berharap untuk membentangkan rang undang-undang ini bersama-sama Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) bagi menangani ancaman daripada pengganas,” kata beliau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang pempengaruh dikenali sebagai Cikgu Asai mengenai pengalaman dibuli ketika zaman persekolahan mengundang reaksi pengguna media...

Pemimpin PKR Sakau RM9.5 Juta, “Kalau Saya Kata Ini Tak Betul, Kau Saman Aku” – Rafizi

Pemimpin PKR Sakau RM9.5 Juta, “Kalau Saya Kata Ini Tak Betul, Kau Saman Aku” – Rafizi

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli membangkitkan dakwaan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd