• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Lantai Bakal Diperkenal Tahun Depan – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperkenalkan harga lantai untuk hasil pertanian mulai tahun depan bagi membantu peladang dan nelayan menikmati pendapatan yang lebih stabil.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan harga lantai membolehkan agensi di bawah kementerian seperti Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membeli ikan dan buah-buahan pada harga yang munasabah ketika berlaku lambakan.

Beliau berkata orang tengah akan mengambil kesempatan ketika harga ikan dan buah-buahan terlalu rendah ketika berlaku lambakan dengan membeli hasil tani berkenaan, memproses atau menyejuk beku produk pertanian itu sebelum menjualnya pada harga berlipat ganda.

“Apabila berlaku lambakan petani akan tertekan kerana harga produk tani mereka jatuh teruk. Sebagai contoh rambutan terpaksa dijual pada harga 40 sen sekilogram dan durian 50 sen sebiji. Petani tidak ada pilihan selain tetap menjual produk mereka.

Harga lantai memastikan pendapatan petani dan nelayan tidak terjejas apabila harga hasil tani mereka jatuh,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015 kementerian itu di sini, hari ini.

Ismail Sabri memaklumkan sejak tahun lepas Nekmat dan FAMA sudah mula membeli ikan dan buah-buahan apabila mendapati harga kedua-dua hasil tani itu jatuh teruk.

Ikan yang dibeli oleh Nekmat ialah pelaling, kembung, selar, cencaru, kerisi, tongkol dan tiga jenis ikan air tawar manakala FAMA membeli buah durian dan cempedak, katanya.

Beliau berkata hasil tani seperti ikan dan durian yang dibeli dengan harga lantai perlu disejuk beku atau diproses untuk dipasarkan.

Selain disejuk beku ikan-ikan yang dibeli boleh diproses untuk dijadikan bebola ikan atau kek ikan, katanya. – BERNAMA

Tags: Harga BarangIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd