• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2022 Boleh Disemak

oleh Mohd Arshad
16/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2022 (DPT BLN5/2022) telah diperaku semalam dan diwartakan pada hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sehubungan itu, DPT BLN5/2022 dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 15 Julai hadapan.

“DPT BLN5/2022 ini mengandungi nama bagi 38,798 orang warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

“Ia turut mengandungi nama 5,751 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,348 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ikmalrudin, SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN5/2022, antaranya menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my serta portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

Tiga lagi kaedah, katanya, adalah menerusi aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“SPR menyeru kepada warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN5/2022.

“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN5/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Di samping itu, Ikmalrudin berkata, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN5/2022.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN5/2022 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: Boleh DisemakDaftar Pemilih TambahanDaftar Pemilih Tambahan Bulan Mei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Pemilih Tambahan Mac 2022 Dibuka Untuk Semakan – SPR

15/04/2022
0

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2022 (DPT BLN3/2022) yang telah diperaku semalam (14 April) dan diwartakan hari ini, kini...

Daftar Pemilih Tambahan Februari Dibuka Untuk Semakan

16/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 28 Februari lalu serta mana-mana pemilih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd