• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Gugur Dakwaan Rogol Ronaldo

oleh AK-47
12/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES : Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mayorga mendakwa dia dirogol bintang bola sepak itu di dalam bilik hotel di Las Vegas pada tahun 2009, tetapi hakim Jennifer Dorsey menggugurkan kes berkenaan.

Pemain Manchester United dan Portugal itu menafikan tuduhan ke atasnya dan menegaskan hubungannya dengan Mayorga atas dasar suka sama suka.

Kes berkenaan pernah digugurkan pada tahun 2019, di mana peguam bela berkata serangan seksual oleh pemain bola sepak itu tidak dapat dibuktikan.

Bagaimanapun Mayorga, yang enggan namanya dirahsiakan, mengambil tindakan sivil dengan menuntut pampasan jutaan ringgit.

Walaupun Mayorga pernah bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak AS$375,000 (RM1.65 juta), dia cuba menghidupkan semula kes berkenaan atas alasan dia masih trauma ketika rundingan penyelesaian itu.

Dalam percubaan pihak pendakwa menghidupkan semula kes, Dorsey mendapati, peguam Mayorga, Leslie Stovall menggunakan dokumen “yang diperoleh secara haram” sebagai bukti secara berulang kali.

Dokumen berkenaan termasuk e-mel antara peguam Ronaldo yang membincangkan strategi penyelesaian untuk kes berkenaan. Atas sebab itu, Dorsey memutuskan kes berkenaan tidak boleh dibuka semula.

-Berita Harian

Tags: dakwaanDakwaan Rogol RonaldomahkamahRonaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

SPRM Tolak Dakwaan Media Antarabangsa Tidak Berasas Dan Berniat Jahat

12/02/2026
0

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan tidak berasas dan berniat jahat yang diterbitkan sebuah media antarabangsa serta menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd