• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Rogol 19 Tahun Lalu Ditahan Hasil Data Profil DNA

oleh AK-47
12/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekali lagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan suspek kes rogol yang berlaku 19 tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan polis di Bagan Serai, Perak, jam 9.30 malam, Khamis lalu.

Beliau berkata, berbekalkan maklumat diperoleh daripada data profil ujian DNA, JSJ Bukit Aman menahan lelaki itu bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku pada 2003.

“Suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan segera dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan arahan bagi tujuan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, PDRM akan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan dalam mengesan dan menahan penjenayah meskipun menghadapi kekurangan maklumat pada awal siasatan termasuk menggunakan kaedah saintifik melalui data profil DNA.

Menurutnya, kaedah itu bagi mengenalpasti identiti suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, PDRM turut menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan kejadian menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras jenayah untuk memberi keadilan kepada mangsa seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kekal selamat.

Sebelum ini, siasatan saintifik menggunakan DNA berjaya mengenal pasti suspek terbabit dalam kes rogol remaja perempuan di Balik Pulau, Pulau Pinang, 12 tahun lalu.

-Harian Metro

Tags: Data Profil DNAditahanDNAkes rogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd