• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setuju Tambah Baik Kemudahan Pegawai Kontrak KKM

oleh AK-47
09/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Mesyuarat jemaah menteri bersetuju menambah baik pemberian kemudahan sedia ada kebajikan pegawai lantikan kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu pegawai perubatan, pergigian dan farmasi .

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 bersetuju memanjangkan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal, kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan dan kemudahan Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara kemudahan ditambah baik termasuk pemanjangan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal dan pemanjangan kemudahan Cuti Tugas Khas.

“Kemudahan itu diberikan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib,” katanya dalam kenyataan.

Keputusan pemanjangan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah terbabit diharap dapat menangani isu ketidaksetaraan pemberian kemudahan antara pegawai lantikan kontrak yang sedang menjalani latihan siswazah dan/atau khidmat wajib dengan pegawai lantikan kontrak yang melengkapkan khidmat wajib.

Selain itu, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib juga akan dapat menikmati kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal sebagaimana dinikmati oleh pegawai lantikan kontrak yang melengkapkan khidmat wajib.

Beliau berkata, Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan hari ini adalah satu daripada usaha berterusan KKM dalam menambahbaik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif buat seluruh kakitangannya.

“Ia penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan selamat,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kemudahanPegawai Kontrak KKMTambah Baik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ansuran Bayaran Pakaian Seragam Sekolah Bukan ‘Bantuan’, Tapi ‘Hutang’ – Puteri UMNO

Ansuran Bayaran Pakaian Seragam Sekolah Bukan ‘Bantuan’, Tapi ‘Hutang’ – Puteri UMNO

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menegaskan kemudahan bayaran ansuran untuk ibu bapa...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd