• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjelaskan Kaedah Berkesan Laksana Pentaksiran Bilik Darjah

oleh Mohd Arshad
07/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), persoalan yang berbangkit selepas itu adalah sejauh mana pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) nanti mencapai objektif dihasratkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pada dasarnya, pemansuhan PT3 adalah wajar dan signifikan selepas mengambil kira perubahan dalam sistem pendidikan negara dan global, seiring hasrat untuk melihat kemenjadian murid secara holistik serta selari matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Dalam hal ini, KPM dan Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin wajar memberikan penjelasan terperinci kepada semua warga pendidik sebab pemansuhan PT3 dan bagaimana melaksanakan PBS melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berkesan sebagai ganti pemansuhan itu.

Meskipun langkah pemansuhan itu dianggap bertepatan pada masanya, namun jika tidak difahami warga guru, ia akan menimbulkan isu dan masalah lain pula.

Dalam hal ini, menjadi tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk kerap turun padang membimbing guru bagi memastikan pelaksanaan PBS dapat dijayakan sebaiknya.

Agenda PBS perlu dijadikan fokus pada peringkat JPN dan PPD untuk melihat aspek pelaksanaan, penambahbaikan sistem dan intervensi program supaya hasrat pentaksiran ini memenuhi keperluan sebenar.

Antara fokus penting kejayaan pelaksanaan PBS ialah meningkatkan kualiti profesionalisme pengajaran guru melalui perkara berikut:

> Latihan dan bimbingan berterusan berkaitan PBS dan PBD dari pihak PPD serta JPN.

> Mempelbagaikan kaedah pembelajaraan dan pemudahcaraan (PdPc) dengan mengambil kira kepelbagaian serta gaya belajar murid. Guru juga perlu meningkatkan kualiti pengajaran dan pentaksiran dengan penguasaan kemahiran teknologi serta pembelajaran digital.

> Memberikan autonomi kepada guru menentukan bentuk dan aras pentaksiran kerana mereka lebih memahami murid.

> Mengaktifkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di sekolah sebagai medium perkongsian ilmu dan kemahiran. Panitia perlu digerakkan secara aktif dan berkolaborasi sesama panitia lain.

> Memanfaatkan guru cemerlang sebagai guru pembimbing utama di sekolah atas kepakaran subjek mereka.

> Pemantauan berterusan pihak pengurusan sekolah untuk memastikan keberkesanan PBS.

> Kerjasama ibu bapa untuk membantu pentaksiran ini dengan memberikan info berkaitan anak masing-masing serta cadangan penambahbaikan seperti program intervensi akademik.

Natijahnya, PBS perlu difahami bukan semata-mata pentaksiran akademik, tetapi merangkumi komponen bukan akademik, iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Atas asas itu, kejayaan PBS bergantung kepada sejauh mana guru memahami konsep PBS sebenarnya.

Pelaksanaan PBS nanti tidak wajar dilihat menambah beban tugas guru seperti berbentuk perkeranian, tetapi ia adalah satu mekanisme bersepadu mengembang bakat dan potensi murid bagi mendepani cabaran masa depan.

Ini adalah langkah strategik untuk menyiapkan generasi kompeten, berdaya saing serta memiliki kepelbagaian kecekapan dalam berdepan apa juga situasi dan keadaan terutama di era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Kemeruapan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (VUCA).

-Berita Harian

Tags: KaedahPentaksiran Bilik Darjah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaedah Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Diputuskan Dalam Masa Terdekat

24/05/2022
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian terperinci bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota....

Cari Kaedah Tambah Baik PdPR

24/02/2022
0

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) pada Rabu telah memberi pilihan kepada sekolah rendah dan menengah untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd