• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Gesa KPDNHEP Kuat Kuasa Akta Kawalan Harga

oleh AK-47
03/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8 (1) yang menghendaki peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan yang dimaksudkan untuk dijual.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan tinjauan yang berulang kali dijalankan pihak CAP di sekitar negeri tersebut.

Menurutnya, tinjauan mendapati, ramai peniaga terutama gerai makan dan restoran secara terang-terangan melanggar Akta Kawalan Harga iaitu tidak mempamerkan senarai harga makanan.

“Selain tidak mempamerkan senarai harga, peniaga tidak mengemas kini senarai harga. Mereka juga mempamerkan senarai harga yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Cina.

“Tinjauan juga mendapati, banyak pemilik kedai makanan meletakkan senarai harga agak jauh dari tempat makanan yang diletakkan. Ia menyukarkan pelanggan mengetahui harga makanan yang mereka pesan dan lebih membimbangkan, harga makanan yang diambil melebih bajet pelanggan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Tambahnya, secara amnya, pengguna sering dikenakan bayaran berlebihan namun tidak mampu untuk mempertikaikan kerana tiada senarai harga makanan.

“Mengikut akta, penjual bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pembeli mengenai harga. Selain itu, kekurangan penguatkuasaan menyebabkan undang-undang yang dikuatkuasakan tidak berkesan.

“Sehubungan itu, CAP menggesa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di seluruh negara dan menguatkuasakan undang-undang dengan tegas mengikut Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973. Mereka yang didapati bersalah perlu diambil tindakan segera,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Akta Kawalan HargaCAPgesaKPDNHEP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd