• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Menteri Mesir Hadapi Pertuduhan Membunuh Di AS

oleh Mohd Arshad
31/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Anak lelaki kepada Menteri Imigresen dan Hal Ehwal Ekspatriat Mesir, Nabila Makram berdepan pertuduhan membunuh dengan niat dua lelaki dalam satu insiden di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ramy Hani Mounir Fahim, 26, yang menetap di Irvine, California, didakwa melakukan ‘pembunuhan berganda’ kerana menikam rakan sekerja dan rakan serumahnya.

Kedutaan Mesir di AS campur tangan untuk membendung isu tersebut. Ramy dijangka dihadapkan ke Mahkamah Agung Negeri California pada 17 Jun ini.

Ramy yang merupakan pekerja di firma Pence Wealth Management, didakwa pada April lalu dengan dua pertuduhan membunuh dua individu.

Setiap satu pertuduhan itu melibatkan jenayah bunuh de­ngan menggunakan senjata berbahaya.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya California, lelaki itu berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

“Saya dan keluarga dalam keadaan amat tertekan selepas Ramy didakwa atas tuduhan membunuh di AS. Dakwaan ini dibuat di mahkamah AS dan hukuman masih belum dijatuhkan.

“Menjalankan tugas saya selaku menteri dalam kerajaan Mesir sama sekali tidak bercanggah dengan menjadi seorang ibu yang cekal dalam menghadapi dugaan yang menimpa anaknya,” tulis Nabila di laman Facebook.

Ramy ditangkap pada 20 April lalu sebagai suspek kes pembunuhan berganda di Anaheim, California.

-Kosmo Online

Tags: Anak Menteri MesirASPertuduhan Membunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Iran Dedah Pelan Hadapi AS

Iran Dedah Pelan Hadapi AS

06/02/2026
0

TEHERAN – Iran dilaporkan telah mendedahkan gambaran strategik mengenai bagaimana negara itu merancang menghadapi kemungkinan konflik bersenjata dengan Amerika Syarikat,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd