• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sedia Bantu JIM Kesan 60 Pelarian Rohingya

oleh AK-47
31/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan baki 60 pelarian etnik warga Rohingya yang masih lolos dari Depoh Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang, dalam insiden rusuhan, April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya masih menunggu arahan daripada Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Saya difahamkan Bukit Aman dan Jabatan Imigresen (JIM) sedang mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu.

“Apabila kita terima arahan nanti, tindakan bersesuaian akan diambil seperti melakukan sekatan jalan raya (SJR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Polis Daerah Wangsa Maju di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Azmi berkata, sebelum ini, pihaknya ada melakukan risikan dan pemantauan kerana tidak menolak kemungkinan terdapat individu yang lolos berkenaan datang ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Kita masih melakukan pemantauan berhubung perkara itu dan kita bersedia untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengesan baki 60 pelarian Rohingya berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memburu baki 60 pelarian etnik warga Rohingya yang masih lolos dalam insiden terbabit.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipetik berkata, pihaknya sedang melancarkan operasi di seluruh negara bagi mengesan 60 individu berkenaan.

Pada 20 April lalu, seramai 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari depot tahanan sementara itu selepas memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang kira-kira jam 4.30 pagi.

Bagaimanapun, enam daripada mereka maut dirempuh kenderaan ketika cuba melintas di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Jawi, Pulau Pinang.

Hamzah mengesahkan masih terdapat 60 pelarian etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Relau di Sungai Bakap belum berjaya ditahan setakat ini.

-Harian Metro

Tags: JIMPelarian RohingyapolisSedia Bantu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Bantu Rohingya Atas Dasar Kemanusiaan, Tapi Jangan Kehidupan Kita Terganggu – Dr Azman

Bantu Rohingya Atas Dasar Kemanusiaan, Tapi Jangan Kehidupan Kita Terganggu – Dr Azman

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berpandangan isu pelarian Rohingya yang mencetuskan rasa tidak selesa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd