• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding Kes Bella Dipercepatkan

oleh Mohd Arshad
26/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Kumpulan peguam pemerhati kepada Bella, berharap agar keseluruhan proses dan prosiding perbicaraan kes terhadap remaja Sindrom Down itu dapat dipercepatkan demi menjaga kepentingan remaja terbabit.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Peguam, Baljit Singh Sidhu, berkata ini kerana kes remaja berkenaan menarik perhatian masyarakat.

“Kami bertemu dengan adik Bella secara fizikal dan melihat sendiri kesan kecederaan yang telah dialaminya, kami amat berharap agar keseluruhan prosiding perbicaraan kes terhadapnya dapat dipercepatkan,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui di luar pusat jagaan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lokasi Bella ditempatkan di sini, hari ini.

Turut hadir dalam lawatan itu adalah peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Datuk Ikbal Salam.

Baljit Singh berkata, lawatan mereka bertujuan melihat Bella secara dekat sebagai tanggungjawab terhadapnya, selepas dilantik sebagai peguam pemerhati.

Katanya, ini adalah lawatan kali pertama oleh pihaknya dan hasil lawatan mendapati remaja berkenaan dalam keadaan baik serta bersemangat.

“Bella berada dalam keadaan baik dan dijaga dengan baik oleh pusat jagaan di bawah JKM Negeri Sembilan. Malah, kami dapati beliau dalam keadaan bersemangat,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, seramai empat peguam pemerhati yang dicadangkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada 17 April lalu, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati bagi kes penderaan remaja berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor mengemukakan tiga cadangan penambahbaikan bagi memastikan kes membabitkan Bella tidak berulang termasuk penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 yang perlu dilakukan segera.

Kisah Bella didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, yang kini sedang dibicarakan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

-Berita Harian

Tags: Kes Bellapeguam pemerhatiProsiding Kes Bella
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

14/08/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, berhubung sabitan atas...

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

06/05/2024
0

BATU PAHAT : Keluarga kepada lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mayat dibuang di rumah sewa terbiar dekat Tongkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd