• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Bahru ‘Lumpuh’ Seketika, Banjir Kilat Selepas 15 Minit Hujan

oleh Mohd Arshad
25/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Bandar raya ini ‘lumpuh’ seketika apabila beberapa jalan utama dinaiki air yang turut menutup laluan sehingga berlaku kesesakan luar jangkaan akibat hujan lebat sejak pukul 2.30 petang ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati antara laluan yang dinaiki air termasuklah Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tebrau, Jalan Serampang, Jalan Bakar Batu dan Jalan Pasir Pelangi yang menempatkan Istana Pasir Pelangi.

Banjir kilat yang berlaku itu dipercayai terjadi kira-kira 15 minit selepas bandar raya ini ditimpa hujan lebat.

Seorang penunggang motosikal, Nik Nazirul Nik Mazlan, 28, memberitahu, dia terpaksa berteduh di bawah jejantas bukan kerana hujan lebat tetapi akibat jalan raya dipenuhi air.

“Cuaca hujan saya sudah biasa, pakaian hujan juga sudah disediakan kerana sejak beberapa hari lalu Johor Bahru memang hujan lebat khususnya di sebelah petang.

“Namun apabila laluan dinaiki air, saya terpaksa berteduh di bawah jejantas sebelum memulakan kembali perjalanan ke tempat kerja,” kata pembantu jualan di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini.

Sementara itu, seorang pemandu kereta, Siti Zulaikha Mat Zain, 33, pula berkata, dia terpaksa berhenti di tepi jalan selama kira-kira 10 minit selepas Jalan Tebrau dinaiki air.

“Saya tidak berani untuk meredah air berkenaan kerana saya pakai kereta kecil sahaja, jadi saya memilih untuk berhenti di tepi jalan terlebih dahulu.

“Hanya kira-kira selepas 10 minit dan apabila melihat banyak kenderaan lain meredah laluan berkenaan baharu saya turut berbuat demikian,” katanya yang memandu Perodua Viva.

Siti Zulaikha turut berharap pihak berwajib khususnya Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Pihak berkuasa perlu bersedia dengan kemungkinan banjir kilat berlaku ekoran perubahan cuaca, apatah lagi kawasan ini merupakan sebuah bandar raya besar.

“Jadi saya amat berharap agar tindakan pantas dapat diambil,” tambah ibu kepada dua orang anak itu.

UtusanOnline-

Tags: banjir kilathujan lebatjohor bahru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd