• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Lancar Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun LKIM Ke-50

oleh AK-47
23/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena sambutan ulang tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ke-50.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam satu kenyataan bank pusat itu berkata, duit syiling itu dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu majlis di Wisma LKIM pada 14 April lepas.

Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dengan nilai muka RM10 dan duit syiling peringatan emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.) dengan nilai muka RM1.

Menurut BNM, syiling pertama diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan seberat 31 gram akan dijual dengan harga RM253 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

Sementara itu, syiling Emas Nordic mempunyai berat 8.5 gram dan diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain. Dengan kuantiti 10,000 keping telah ditempa, ia akan dijual pada harga RM13.20 sekeping.

BNM berkata, duit syiling peringatan itu juga tersedia dalam bentuk set dua dalam satu untuk jualan dan setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic. Setiap set berharga RM308.

“Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian,” kata bank pusat itu.

Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad itu, setiap individu hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

“Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.

Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNMduit syilingLKIMUlang Tahun LKIM Ke-50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd