• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Budak Mati Disyaki Didera Dirujuk Pejabat Peguam

oleh Mohd Arshad
22/05/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Kertas siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan disyaki didera ibu dan bapa saudaranya Ahad lalu, akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasangan suami isteri berusia 40 tahun itu kini direman enam hari lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pasangan suami isteri yang juga penjaga kanak-kanak terbabit sebelum ini telah direman tujuh hari berakhir hari ini.

“Siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan esok, untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi laporan media Ahad lalu, perbuatan suami isteri itu terbongkar berikutan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dengan kesan kecederaan disyaki didera.

Mangsa yang dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari sama dengan menaiki ambulans disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi di Jabatan Forensik HRPB itu mendapati punca kematian mangsa akibat ‘multiple blunt injury’.

Berdasarkan siasatan polis, selain mangsa, adik lelakinya turut mengalami kecederaan di badan yang dipercayai akibat didera oleh pasangan sama.

-Utusan Online

Tags: Kes Budak MatiPejabat PeguamRujuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Bella, Aliff Aziz Rujuk Julai Tahun Lalu

28/04/2020
0

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah mengesahkan sudah rujuk semula dengan suami yang juga penyanyi, Aliff Aziz pada Julai tahun lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd