• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Venezuela 112 Tahun Disahkan Lelaki Tertua Yang Masih Hidup

oleh AK-47
18/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CARACAS: Seorang petani Venezuela berusia 112 tahun secara rasmi disahkan sebagai lelaki tertua yang masih hidup, susulan kematian seorang warga Sepanyol yang sebelum ini memegang rekod itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Guinness World Records berkata, Juan Vicente Perez disahkan sebagai lelaki tertua yang masih hidup pada Februari lalu.

“Beliau memiliki tahap kesihatan dan memori yang luar biasa. Beliau mengingati zaman kanak-kanak, perkahwinan, nama adik beradik, anak-anak dan cucunya.

“Beliau gemar dikelilingi ahli keluarga dan sahabat, ketika mereka berkongsi cerita dan berbual,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Perez dilahirkan pada 27 Mei 1909 di barat Tachira, di mana beliau membantu ibu bapanya menuai tebu dan kopi seawal usia lima tahun.

Ketika dewasa, beliau bekerja sebagai syerif yang bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian tanah di bandarnya.

Perez berkahwin dengan Ediofina del Rosario Garcia selama 60 tahun, sebelum isterinya meninggal dunia pada 1997.

Mereka memiliki 11 cahaya mata.

Perez memiliki 41 cucu, 18 cicit dan 12 piut.

Beliau berkata, rahsia tempoh hayatnya yang panjang adalah ‘bekerja keras, berehat ketika bercuti, tidur awal, minum segelas arak yang disuling setiap hari, mencintai tuhan dan sentiasa membawa-Nya di dalam hati.’

Lelaki tertua yang hidup sebelum ini adalah rakyat Sepanyol, Saturnino de la Fuente Garcia, yang meninggal dunia Januari lalu, sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-113.

Individu tertua yang masih hidup pula ialah wanita warga Perancis, Lucile Randon, seorang biarawati yang lahir pada 11 Februari 1904, dan kini berusia 118 tahun.

BHonline-

Tags: Guinness World RecordsLelaki Tertuapetani Venezuela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Instagram Harry-Meghan Pecah Rekod Dunia

07/04/2019
0

KURANG enam jam selepas dilancarkan, akaun Instagram pasangan diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle memecah rekod apabila mencecah...

Lelaki Miliki Rambut Sepanjang 5.5 Meter

07/04/2019
0

NETIZEN di China menggalakkan seorang lelaki berusia 77 tahun supaya membuat permohonan untuk diiktiraf dalam Guinness World Records selepas gambarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd