• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sarawak Lulus Pindaan Undang-undang Tanah, Kawal Ruang Udaranya

oleh Mohd Arshad
18/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang membolehkan kerajaan Sarawak mengawal ruang udara di atas wilayahnya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pindaan RUU itu juga membolehkan kerajaan Sarawak menyelia dan mengawal penggunaan tanah di daratan dan luar pesisir termasuk dasar laut yang membentuk pelantar benua.

Pindaan itu dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada persidangan DUN Sarawak hari ini.

Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan tiga daripadanya wakil pembangkang tampil membahaskan pindaan RUU itu.

Dua daripada wakil pembangkang iaitu Baru Bian (PSB-Ba’kelalan) dan Dr Johnicol Rayong Ngipa (PSB-Engkelili) dalam perbahasan mereka menyokong pindaan RUU itu, namun Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) menolaknya dengan alasan ia akan meningkatkan kos telekomunikasi di Sarawak.

Sharifah Hasidah dalam pembentangannya berkata, RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 antara lain memberi definisi baharu bagi istilah ‘tanah’ agar seiring dengan terjemahan yang disediakan dalam undang-undang lain di Malaysia seperti Kanun Tanah Negara.

Menurutnya, sebagai contoh Seksyen 44 Kanun Tanah Negara meliputi dan merangkumi ruang udara di atas tanah (negara) dan di bawah Seksyen 75A Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri di Semenanjung mempunyai kuasa membenarkan penggunaan ruang udara di atas tanah negeri.

“Oleh itu, cadangan pindaan ini akan menjadikan ruangan ruang udara termasuk di dalam definisi ‘tanah.’ Dalam kata lain, ruangan ruang udara di atas tanah adalah sebahagian daripada tanah.

“Dengan itu, kerajaan Sarawak akan mengawal ruang udara dan mengawal sebarang perkara dalam ruang udara seperti spektrum.

“Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, spektrum membawa maksud julat berterusan frekuensi gelombang elektromagnetik sehingga termasuk frekuensi 420 terahertz,” katanya.

Menurutnya, pindaan itu juga bertujuan membantu dan memudahkan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Negeri Sarawak 2030, terutama berkaitan pewujudan rangkaian infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan di seluruh negeri bagi penggunaan teknologi digital.

“Selain itu, ia akan memastikan penggunaan tanah dan sumber semula jadi di negeri ini secara lestari, sejajar komitmen kita mengurangkan perubahan iklim serta pemanasan global,” katanya.

Susulan keputusan DUN meluluskan RUU itu, Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang mempunyai undang-undang membolehkan industri termasuk minyak dan gas beroperasi di negeri ini mematuhi keperluan antarabangsa, mengurangkan intensiti pelepasan karbon di bawah Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

“Pelepasan karbon dioksida dan gas-gas rumah hijau lain dari industri perlu diambil, dimampat bagi tujuan penghantaran dan disimpan di bawah tanah atau di fasiliti lebih selamat.

“Pindaan ini sudah tentu memperkasakan Pihak Berkuasa Perancang Negeri (SPA) meluluskan tapak di atas tanah, juga di luar pesisir di Sarawak dalam pelantar benua di dalam sempadan-sempadan negeri digunakan untuk simpanan karbon,” katanya.

Menurutnya lagi, kajian sedang dilakukan oleh Petroleam Sarawak Berhad (PETROS) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Shell dan syarikat-syarikat minyak lain bagi membangunkan teknologi mengumpul dan menyimpan karbon serta penyelesaian, selain menghasilkan produk-produk daripada karbon dioksida yang disimpan.

“Sarawak mempunyai kapasiti penyimpanan karbon terbesar di Malaysia, dianggarkan 30 trilion kaki padu (TCF) simpanan di kawasan luar pesisir, dan karbon dioksida yang disimpan boleh menjana kredit karbon bersamaan sehingga RM3.5 bilion setahun apabila didagangkan dengan mematuhi piawaian karbon yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

BHonline-

Tags: Dun SarawakRuang UdaraRUU kanun tanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

Iran Buka Semula Ruang Udara, Tarik Balik Sekatan Penerbangan

Iran Buka Semula Ruang Udara, Tarik Balik Sekatan Penerbangan

19/04/2024
0

IRAN telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd