• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengking Sebab Salah Faham Nombor Giliran

oleh AK-47
17/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan berlaku kejadian kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meninggikan suara terhadap pelanggan, hingga video mengenainya tular di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, insiden berlaku pada 26 April lalu di kaunter Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning.

“MBSA mengadakan siasatan dalaman dan untuk makluman, kejadian itu berlaku akibat salah faham antara seorang pelanggan dan seorang daripada petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

“Salah faham itu dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, MBSA juga memohon maaf atas insiden yang berlaku dan akan berusaha memastikan perkara sedemikian tidak berulang.

“MBSA berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial. MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan kami,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1.38 saat tular yang memperlihatkan seorang kakitangan MBSA meninggikan suara terhadap pelanggan yang berurusan di kaunter.

-Harian Metro

Tags: Nombor Giliransalah fahamtengking
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Tentera Cedera Bergaduh Akibat Salah Faham

Dua Tentera Cedera Bergaduh Akibat Salah Faham

14/05/2024
0

Temerloh : Dua anggota tentera cedera selepas terbabit dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada salah faham di Kem Tentera Batu...

Salah Faham, Lelaki Tikam Teman Wanita Sebelum Bunuh Diri

20/02/2022
0

MELAKA : Seorang lelaki dipercayai menikam teman wanitanya sebelum bertindak membunuh diri hanya kerana perselisihan faham dalam hubungan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd