• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awal Ashaari Mengaku Tidak Salah Rosakkan Palang Pagar

oleh Mohd Arshad
17/05/2022
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara, bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu sini di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Datuk M. Reza Hassan memohon jumlah ikat jamin RM3,000 dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga selain pendapatannya sebagai pengacara tidak konsisten.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran membenarkan Awal diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 15 Julai ini ditetapkan untuk sebutan kes.

-Utusan Online

Tags: Awal AshaariMengaku Tidak Salah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,697 Kes Baru, 5 Lagi Korban Covid-19

Next Post

Tengking Sebab Salah Faham Nombor Giliran

Related Posts

Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse Mengaku Tidak Salah

Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse Mengaku Tidak Salah

22/07/2022
0

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga...

Pemandu Lori Mengaku Tidak Salah Rompak Penyampai Berita

13/05/2022
0

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang...

Next Post

Tengking Sebab Salah Faham Nombor Giliran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd